MY PRINCESS

Nur Adawiyah Raisha Binti Mohd Faiz
Dilahirkan pada jam 7.38 am, 19 Jun 2010 di Hospital Putrajaya.

2 jam selepas lahir
6 jam selepas lahir

petang 19 Jun 2012, jam 8 malam aku dan Raisha dibenarkan keluar...


Hari ketiga Isnin, 21/6/10, Raisha masuk NICU sebab jaundis tinggi...

masa ni dok kat NICU
kuning tinggi
3 lampu dipasang
ni umur 3 ari... kuning dh kuar..
nurse dtg umah check terus suruh gi klinik, check kuning..
Masa kat klinik nurse ambk darah.. abis lebam jari anakku ini..
check2 kuning tinggi, petang tu gak warded kat NICU.. 
tinggal lah Raisha sorang2 kat sana, aku tak leh teman sebab katil tak de.. 
aku ni dah nangis2 dah sebab takleh jaga anak.. sedih oo bila tengok Icha dibogelkan dan diletak di bawah lampu biru, masa tu lak Icha nangis2.. 


Malam tu duduk la kami bertiga di umah.. aku hubby & my mum.. sunyi je rasa.. 
Icha tak de kat umah.. Ni lah 1st time aku pisah dengan Icha.. Sblm ni kemana2 aku pergi aku bawa/usung dia (maklum la Icha dalam perut lagi) bila dah kuar pulak duduk jap je kat umah pastu kena tahan wad pulak.. memang rasa lain sangat.. rasa kosong..


Esoknya aku hubby & mak g lagi hosp. nak tengok Icha.. Ibu bapa baby je yg boleh masuk dalam.. Family lain tak leh masuk.. Lagi le aku sedih sebab mak takleh tengok cucunya.. Pas balik melawat, nurse call bagitau yg aku leh jaga Icha.. Ada katil kosong.. So time melawat petang tu aku g sana bawak kain baju semua.. 


Masa kat wad tu doktor bagtau yg kuning Icha dah turun sikit.. Hanya guna 1 lampu je.. Alhamdulillah lega aku dengar.. Cepat le Icha kuar.. Icha duduk NICU 2 ari je... Masuk Isnin petang, Rabu dah kuar.. Kuning Icha still ada lagi masa tu. Tak hilang semua lagi tapi doktor dah bagi keluar.. Aku dinasihatkan kena kerap bagi susu ibu untuk Icha.  Susu ibu masa tu tak banyak lagi, so kalo keluar ni leh la aku p mengurut bagi membanyakkan lagi pengeluaran susu.


Lagi pulak aku sebenarnya tak sanggup nak dengar tangisan Icha bila nurse nak ambik darah dia check brp jaundisnya setiap pagi. Sian sangat. Abis tangan & kaki lebam.


Icha dimasukkan lagi ke wad kanak2 3 ari selepas tu... Kuningnya naik balik.. Ya Allah.. hanya tuhan yg tahu macam mana perasaan kami 1 family.. Macam2 cara/petua digunakan. Antaranya bagi minum air sengkuang cina le, mandi daun kucai le, mandi daun bunga kantan le dan macam2 lagi le.. Kami mencuba semuanya. 


Kali ni Icha duduk kat wad kanak2 selama 3 ari.. Alhamdulillah selepas keluar dari hosp. dan g buat pemeriksaan di klinik presint 9 kuning Icha benar2 dah turun. Lega sangat. Syukur alhamdulillah. 


Sekarang Icha dah besar, dah pandai, dah leh harap. Nur Adawiyah Raisha mama abah sayang Icha sangat2. Love u so much. Jadilah anak yg solehah, hormat orang tua, tak mudah lupa diri ye sayang. Semoga diredhai Allah S.W.T senantiasa. 

p/s: Orang darah O memang ada potensi bagi anak kena kuning/jaundis tinggi ke ha?? 




GAMBAR2 RAISHA....
**sehingga 6 bulan





 




**sehingga 1 tahun
 




  









**sehingga 2 tahun




 










permata hatiku...dan juga suami...







No comments:

Post a Comment