Friday 29 June 2012

Akhirnya

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)


Tengahari tadi baru je berangan laksa sarawak.. tup2 petang ni dalam pukul 4.50 tadi terima parcel laksa sarawak tu.. hehehe suka sangat.. tak sabar nak buat...

terima kasih jac sebab tolong belikan..



buktinya

pes laksa dan 3 biji kek batik


p/s: tengahari tadi tak sempat nak cari resepi.. ngantuk sangat so faham2 la ye... hehehe

Laksa Sarawak


 Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)

Tak sabarnya nak tunggu perencah laksa sarawak ni sampai.. huhu

Aku kirim dari x-opismate aku Jacklin yg duduk di sana... 1st time makan terus berkenan. Masa tu aku tengah pregnant... Hehehe sedap oo laksa yg jac n mel buat... Al maklum le orang sarawak sendiri yg bikin. 

Dah lama dah nak makan laksa sarawak ni tapi itu le mood nak buatnya kejap datang kejap hilang..
Perencah pun tak beli lagi..
Hehehe

Memandangkan dah dekat nak puasa ni so aku kena gak buat laksa sarawak ni. Mana tahu raya nanti leh buat laksa sarawak sebagai menu di pagi raya... ^_^

Sekarang ni tengah mencari resepi macam mana nak buat laksa ni.. walaupun kat dalam perencah tu ada bagitahu cara tapi aku ni lagi suka cari resepi yang bergambar dan ada bg step by step
hahahha


Jom search resepi 

Artikel yg bagus untuk dibaca

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)


Dipetik dari fb komuniti 18R4
Sebuah artikel yg bagus dan menarik untuk dibaca.


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?' Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,

- Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).'
(Al-Isra': 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.'
(Al-Mulk: 3).

- Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.'
(Al-Haqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.'
(Al-An'am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.'
(Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.'
(At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan
terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.'
(Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..'
(Al-Anbiya':69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?'

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'

Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '

Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga
orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!

Order

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)


Malam tadi buat muffin carrot dan blueberry cheese tart order by member opis. Kak Ina. Repeat order ni.
TQ kak. Linda jual yer.

Gambarnya ada kat bawah.

Muffin carrot - 2 pax letak almond... 1 pax letak mix fruits di atasnya.
50 pcs

blueberry cheese tart
30 pcs

zoom sikit

crustnya aku letak pewarna purple tapi bila dah bakar, kaler purplenya jadi macam ni.
tak terang, kalo tidak mesti lagi cantik kn




takpe malam ni nak buat lagi untuk makan sendiri. hehehe

Thursday 28 June 2012

D.A.N.B.O

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)


Asalnya danbo yang mula2 ni dibuat adalah dengan cara :-
fotostat kawan opis punya. Dia beli kat kedai. Aku pulak p fotostat tapi dengan izin ye.
Biasa le sharing is caring...
Hehe

Ni danbo yg 1st aku buat...
8 jun lepas


'Hai kami danbo'


mari peluk sebelum kita berpisah


danbo kuning/pink  - gegirl
(danbo 2 dan 3)

danbo ungu/oren - boboyz
(danbo no. 4 dan 5)

4 Danbo ni aku bagi kat opismate aku - Kak Ina & Kak Seha .
Masing2 dapat sorang 2
hehehe


masa ni tak silap aku 2 minggu lepas kot
sebelum danbo oren dan danbo ungu di pisahkan
huhuhu
tak jauh pun pisahnya dekat je
danbo2 ni still leh usha satu sama lain
hehehe
danbo ku dan danbo keth (mixxthings.blogspot.com) bergambar
gambar bila ntah
tapi minggu - minggu lepas jugak le



macam2 warna ada
sponge bob pun ada 

--------------------------------------------------


MEH JAP NAK KUMPUL KESEMUA DANBO YG KU BUAT BULAN NI


Fuyoo
dah 10 danbo
banyak tak?



ni danbo gegirl



danbo gegirl jugak
danbo hijau + kuning
ini danbo gegirl ke boy ye??
danbo gegirl kot sebab kecik dari danbo sulung (yg ada riben tu)


danbo ni
jaga akuarium ikan guppy
eh
ada domo kun le
Amboi conquer keyboard nampak.!
~

~

~

~
~

Kini
Ini je danbo yg tinggal di meja kerjaku


6 danbo yg tinggal
kesemuanya gegirl
boboy tak ada
kena buat lagi ni
aha
jumaat kan ada masa
hehehe


 byk hiasan kan
 (^_^)
baru le best nak buat kerja.. kalo kosong je lagi boring
betul tak??

 p/s: Danbo yg kaler terang tu aku print terus atas kertas warna. Bukan fotostat. Sebab tu nampak comey tanpa tompok2. Hehe




Ni dia





ok
babai
jumpa lagi ya



Dejavu + Butterfly

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)

Butterfly 
By: Melly Goeslow


Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menitis
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Best jugak lagu ni.. Hehehe

OST bagi Dejavu di Kinabalu. Lakonan Tiz Zaqyah, Aqasha & Nazim Othman. 


Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya


Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ


Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa..


Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Sinopsis ni diambil dari blog www.enciknakal.com. Saya mohon share ye.

p/s: suka sangat bila dengar aqasha nyanyi lagu butterfly tu....  ^_^

Novel

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)

Antara novel yg pernah ku baca dari zaman sekolah menengah sehingga kini...

ALAF 21

               

Banyak lagi novel Alaf yg pernah ku baca tapi dah tak ingat tajuk. Hehehe. Maklum le dulu masa kat sekolah menengah asyik pinjam buku kawan je.. bila dah start keje gomen ada jugak beli sendiri tapi tak banyak le... yg banyaknya pinjam novel dari housemate.. Kak Mas namanya. Banyak koleksi novel dia. Asal ada novel baru je mesti dia beli.. Aku pun tumpang sekaki gak baca.. Hehehehe..

KAKI NOVEL

    Cinta Tak Terucap Kurela Cinta Ini Bertamu Ops! Pintu Hatiku Yes, Boss! 
    

Ini lak novel baru yang ku baca start awal tahun 2012. Dah lama tak beli novel buat koleksi.. Huhuhu sedih.
-------Well kita kena utamakan benda yg penting dulu ye kawan2------

Takpe Linda ko layan je lah Penulisan2u.my
Nanti bila ada kesempatan beli le novel yg ko mahu......

Ok babai

Wednesday 27 June 2012

Happy Belated Birthday Sayang


Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)

buat anakku Nur Adawiyah Raisha yg lahir pada 19 Jun 2010 - 2 tahun dah dan buat suamiku Mohd Faiz Jamhari pada 7 Jun yg lepas... (anak dgn abah lahir bulan yg sama.. mama jealous tau)

buat kedua-dua cinta dan permata hatiku, 
semoga kalian dirahmati ALLAH senantiasa, sihat selalu, dimurahkan rezeki, panjang umur dan hidup dalam keredhaan ALLAH... amin ya rabbil a'lamin

Makan2 ni dibuat pada hari ahad yg lepas.

JOM layan gambar yg tak seberapa ni...



kek coklat moist
ai siapa yang sambut besday ni hehehe....


anak dengan abah tengah potong kek
nak belon la mama
sedapnya sate

antara hidangan yg sempat ku buat kecuali sate ^_^

 babai