Sunday 1 July 2012

Karnival Sukan IWK 2012 Zon Tengah - 30 Jun 2012

Assalamualaikum da salam sejahtera.. (^_^)

Kelmarin kami 1 family pergi ke Ilsas, Uniten. Dekat sana ada karnival sukan IWK peringkat zon tengah. Opis husband terlibat dalam karnival ni; UOLG (Langat). So pagi2 lagi kami dah gerak ke sana. Sampai2 je terus makan. Hehehe. Bihun singapore, kuih ketayap dan Teh O. Alhamdulillah kenyang.

Majlis bermula pada jam 8.30pg. Dimulakan dengan perbarisan, nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, bacaan ikrar, taklimat dari pegawai dan ucapan perasmian.

Pukul 9.00pg perlawanan bermula. Antara sukan yg ada adalah bola sepak, bola jaring, pingpong, badminton, dart, karom dan tarik tali. Rasanya itu aje sukan yg ada. Kalau tak silap le. Harap dimaafkan ye kalau ada salah. ^_^

Zon tengah ni terdiri dari 5 unit. Unit Klang, unit Langat, unit Gombak, unit Shah Alam dan Unit KL(pantai). 

Antara gambar yg diambil.

Dimulakan dengan perbarisan
5 unit zon tengah
 (Klang, Langat, Gombak, Shah Alam , KL)

Raisha - pagi2 lagi dah mengamuk, taknak bangun mandi.
Tidur lambat. Esoknya pulak kena bangun awal.
Mau tak bising.
(abaikan fesyen rambut ye)

Dengar taklimat..
My hubby berdiri jauh nun. Diri le depan2 sikit.
Senang nak ambil gambar. Iye dak? 
Pembacaan ikrar 

Sesi bergambar sebelum acara bermula.
Mana le En. Faiz ni. Hehe

Langat - go go go
Hubby main pingpong. So gambar di bawah adalah di dalam court badminton/pingpong ye.

Asyik main tangga je si kecik ni. 
Pingpong
Tengok apa tu En. Faiz
Bagi sokongan ek

Pemain pingpong unit Langat

En. Faiz dan Raisha

nak turun.. nak turun..

view kat padang 
gi kat kereta jap ambil barang
mama tengok

tolong susun ye sayang..
Icha jom tengok abah main

Langat lawan sapa ye?

 Faiz & Reza

nak main gak dak kecik ni

Icha dan Izzat - main bola pingpong
hehehe

Keputusan perlawanan pingpong
pertama : pantai, kedua : langat, ketiga: klang
melalui kiraan mata 

Hubbyku menang...
tempat ke-2 pingpong
caya la abg


Huhu. Tak dapat nak tunggu sampai habis, selepas penyampaian hadiah bagi pingpong kami 1 famili terus balik. Kesian si Raisha ngantuk sangat. Sampai tertidor dia. Makan tengahari pun tak.

Tak tahu le UOLG dapat nombor ke berapa bagi zon tengah......

Next week kalau husband terpilih untuk pergi ke Penang as wakil pingpong bagi zon tengah, ada CAN la aku nak balik kampung. Hehehehe.

No comments:

Post a Comment