**(aku buat 2 adunan)
Bahan-bahan A :
- 1 cawan tepung gandum - ayak (2 cwn tepung gandum)
- 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak (2 tsp)
- 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus (2 cwn nestum kisar)
- 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar (2 cwn nestum)
Bahan-bahan B :
- 125 gm butter (1 buku butter)
- 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya) (aku letak 3/4 cwn je.. ni pun dah manis dah)
- 1 tsp esen vanilla (2 tsp)
- 1 biji telur gred A @ B (2 biji telur)
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
- Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
- Buah ceri yang dipotong kecil (ceri habis... ingatkan ada lg.. letak manik colour je)
Cara :
- Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
- Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
- Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
- Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
- Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Gambar biskut kak naz... menyelerakan betul tak??
NOTA NAZ :
- Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
- Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja.
Ni lah hasil tanganku...
biskut nestum ku... ranggup sgt...
thanks ye kak naz sebab kongsikan resepi....