Wednesday 8 August 2012

Order Kek Coklat Moist


Tempahan dari member opis untuk besday kawannya. Tengs Mazfa.


kek coklat moist


Monday 6 August 2012

German Cookies

Biskut raya yg ke-4

German Cookies
By: matgebu@tiffinbiru.com

Bahan
125 gm butter
125 gm tepung kentang (ada jual di kedai bakery. carrefour pun ado)
80 gm tepung gandum (aku guna tepung superfine)
40 gm gula icing
secubit garam (tak letak pun takpe)

Caranya
Satukan tepung kentang dan tepung suferfine (tepung paling halus). Ayakkan keduanya.
Putar butter dengan gila icing sampai sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dan ambil sedikit, buat bulat2 kecil sebesar guli. Susun di atas dulang pembakar yg telah disapu dengan butter.
Celupkan garpu dalam air suam dan tekan ke atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Buat sehingga siap.
Bakar pada suhu 175c selama 20min.
Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara.

p/s: Biskut ni simple je cara buatnya. Rasanya pun sedap. Cubalah.


Tara gambar2 german cookies.

aku bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
strawberry emulca, pandan dan coklat.
letak sikit je so warnanya takde la terang sgt.
tu dia
5 balang
projeknya start ari sabtu lepas : 3 adunan
ahad : 6 adunan










Semperit Dahlia

Biskut raya no.3 ku - semperit @ dahlia

Semperit Dahlia
Resepi by: Finie (member opis)

Bahan
1 tin tepung gandum  (300gm)
1 tin tepung ubi (250 gm)
1 tin tepung kastard (300 gm)
1 tin gula halus/icing (300 gm)
1 tin marjerin/mentega (300 gm)
2 biji telur
1 camca esen ros
Ceri merah/hijau

Cara
Ayak tepung gandum, tepung ubi, tepung kastard.  Ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen ros.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Masukkan dalam acuan semperit dan picitkan adunan tersebut di atas loyang pembakar.
Letakkan ceri di atasnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 minit. (Suhu dan masa bergantung pada oven masing2 ye)
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




p/s: tak cukup ni. nak kena tambah lagi. maklum le banyak umah.

Biskut Almond London

Almond london merupakan biskut raya ku yg ke-2... Ada 2 version biskut almond london yg ku buat ni. 1 dengan telur. 1 lagi tanpa telur. Yang tanpa telur tu buat kat opis. Hehehehe.

Jom tengok resepi...

ALMOND LONDON
by : nizamadey@myresepi.com
c&p : linda

Bahan-bahan
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
Masukkan serbuk badam, kacau
Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. 


ALMOND LONDON TANPA TELUR
by: finie aka member opis

Bahan
200 gm mentega
1 1/2 cawan gula icing
kacang badam secukupnya
200 gm tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sb serbuk penaik
Esen vanilla
Coklat masakan secukupnya
Badam tabur secukupnya

Cara
Seperti diatas cuma butter digaul dengan gula sehingga sebati dan terus kepada masukkan tepung dan bahan2 lain. 

Inilah hasilnya... 
Tak celup dengan coklat lagi tu. InsyaAllah dalam minggu ni akan siap. 








Nuzul Al-Quran

Dah lama tak update blog kan. Hahaha. Maklum le sibuk. Dengan puasa lagi, buat kuih raya lagi, tempahan dr kawan2 lagi juga keje - keje umah yg sentiasa tak pernah selesai.

Arini dah 17 Ramadhan, sekejap je kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah masuk Syawal, dah raya. Sedihkan bila kita dah di hujung - hujung Ramadhan ni.

Arini juga merupakan hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa agung bagi seluruh umat Islam. Apa yg kita tahu tentang Nuzul Al-Quran?

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa di mana turunnya ayat Al-Quran yg pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan baginda Rasullullah bersamaan dengan 6 Ogos 610M. Ketika peristiwa ini berlaku, baginda sedang beribadat di Gua Hira. Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada baginda Rasullullah ada lima ayat pertama Surah Al-Alaq melalui perantaraan Malaikat Jibrail.

Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran pula bermaksud bacaan.
Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Al-Quran juga terhimpun ayat-ayat yg menjelaskan pelbagai perkara yg meliputi semua aspek kehidupan iaitu tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalan masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



Selamat memperingati Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.
Assalamualaikum...