Wednesday 8 August 2012

Order Kek Coklat Moist


Tempahan dari member opis untuk besday kawannya. Tengs Mazfa.


kek coklat moist


Monday 6 August 2012

German Cookies

Biskut raya yg ke-4

German Cookies
By: matgebu@tiffinbiru.com

Bahan
125 gm butter
125 gm tepung kentang (ada jual di kedai bakery. carrefour pun ado)
80 gm tepung gandum (aku guna tepung superfine)
40 gm gula icing
secubit garam (tak letak pun takpe)

Caranya
Satukan tepung kentang dan tepung suferfine (tepung paling halus). Ayakkan keduanya.
Putar butter dengan gila icing sampai sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Simpan adunan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dan ambil sedikit, buat bulat2 kecil sebesar guli. Susun di atas dulang pembakar yg telah disapu dengan butter.
Celupkan garpu dalam air suam dan tekan ke atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Buat sehingga siap.
Bakar pada suhu 175c selama 20min.
Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara.

p/s: Biskut ni simple je cara buatnya. Rasanya pun sedap. Cubalah.


Tara gambar2 german cookies.

aku bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
strawberry emulca, pandan dan coklat.
letak sikit je so warnanya takde la terang sgt.
tu dia
5 balang
projeknya start ari sabtu lepas : 3 adunan
ahad : 6 adunan










Semperit Dahlia

Biskut raya no.3 ku - semperit @ dahlia

Semperit Dahlia
Resepi by: Finie (member opis)

Bahan
1 tin tepung gandum  (300gm)
1 tin tepung ubi (250 gm)
1 tin tepung kastard (300 gm)
1 tin gula halus/icing (300 gm)
1 tin marjerin/mentega (300 gm)
2 biji telur
1 camca esen ros
Ceri merah/hijau

Cara
Ayak tepung gandum, tepung ubi, tepung kastard.  Ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen ros.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Masukkan dalam acuan semperit dan picitkan adunan tersebut di atas loyang pembakar.
Letakkan ceri di atasnya.
Bakar pada suhu 170c selama 20 minit. (Suhu dan masa bergantung pada oven masing2 ye)
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




p/s: tak cukup ni. nak kena tambah lagi. maklum le banyak umah.

Biskut Almond London

Almond london merupakan biskut raya ku yg ke-2... Ada 2 version biskut almond london yg ku buat ni. 1 dengan telur. 1 lagi tanpa telur. Yang tanpa telur tu buat kat opis. Hehehehe.

Jom tengok resepi...

ALMOND LONDON
by : nizamadey@myresepi.com
c&p : linda

Bahan-bahan
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara
Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
Masukkan serbuk badam, kacau
Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan. 


ALMOND LONDON TANPA TELUR
by: finie aka member opis

Bahan
200 gm mentega
1 1/2 cawan gula icing
kacang badam secukupnya
200 gm tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sb serbuk penaik
Esen vanilla
Coklat masakan secukupnya
Badam tabur secukupnya

Cara
Seperti diatas cuma butter digaul dengan gula sehingga sebati dan terus kepada masukkan tepung dan bahan2 lain. 

Inilah hasilnya... 
Tak celup dengan coklat lagi tu. InsyaAllah dalam minggu ni akan siap. 








Nuzul Al-Quran

Dah lama tak update blog kan. Hahaha. Maklum le sibuk. Dengan puasa lagi, buat kuih raya lagi, tempahan dr kawan2 lagi juga keje - keje umah yg sentiasa tak pernah selesai.

Arini dah 17 Ramadhan, sekejap je kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah masuk Syawal, dah raya. Sedihkan bila kita dah di hujung - hujung Ramadhan ni.

Arini juga merupakan hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa agung bagi seluruh umat Islam. Apa yg kita tahu tentang Nuzul Al-Quran?

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa di mana turunnya ayat Al-Quran yg pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan baginda Rasullullah bersamaan dengan 6 Ogos 610M. Ketika peristiwa ini berlaku, baginda sedang beribadat di Gua Hira. Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada baginda Rasullullah ada lima ayat pertama Surah Al-Alaq melalui perantaraan Malaikat Jibrail.

Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran pula bermaksud bacaan.
Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Al-Quran juga terhimpun ayat-ayat yg menjelaskan pelbagai perkara yg meliputi semua aspek kehidupan iaitu tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalan masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



Selamat memperingati Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.
Assalamualaikum...



Wednesday 25 July 2012

Biskut Nestum Ranggup

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : naz@ovenkecil.blogspot.com
c&p: Linda@icha-raisha196.blogspot.com

**(aku buat 2 adunan)
Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak (2 cwn tepung gandum)
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak (2 tsp) 
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus (2 cwn nestum kisar)
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar (2 cwn nestum)


Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter (1 buku butter)
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya) (aku letak 3/4 cwn je.. ni pun dah manis dah)
  • 1 tsp esen vanilla (2 tsp)
  • 1 biji telur gred A @ B (2 biji telur)


Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil (ceri habis... ingatkan ada lg.. letak manik colour je)

Cara :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Gambar biskut kak naz... menyelerakan betul tak??
NOTA NAZ :
  • Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
  • Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja. 


Ni lah hasil tanganku...
taraaa
biskut nestum ku... ranggup sgt...


thanks ye kak naz sebab kongsikan resepi....

Saturday 21 July 2012

HambaMu

Lirik Lagu Tema Imam Muda 2 : Hambamu
Mawi & Akhil Hayy


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh


Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya disisiMu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah


Hambamu Allah…..


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam


Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh


Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Tuesday 17 July 2012

Kek Keju Cheddar

Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)




Kek Keju Cheddar
Resepi by : Mat Gebu (myresepi.com)
C&P: Linda

Bahan-bahan
250 g butter
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu UHT
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder

Cara
  1. Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
  5. Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).


Inilah hasilnya


ahad lepas buat kek ni...


p/s: sedap jugak kek keju cheddar ni...





Monday 16 July 2012

Kek Coklat Tanpa Telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)





Kek Coklat Tanpa Telur
Resepi by: Dayang Jack
c&p: Linda


Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

Toppingnya aku guna resepi ni

1 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
2 sudu besar minyak jagung
1/2 cawan serbuk koko


tara
penuh dengan strawberry
takpe sendiri makan
hahaha
p/s: kek ni dah lama dah buat... tapi tetap nk gak tayang gambar dan kongsi resepi  ^_^











Makan2 di opis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)


Jumaat lepas ada mesyuarat bahagian, bersekali dengan potluck sempena menyambut kedatangan Ramadhan. Mesyuarat start pukul 3 petang abis pukul 5. So petang tu kami 1 opis kejenya makan aje lah.. Hehehe. Aku buat marble velvet cupcakes. Hehehe. Resepi dia aku guna RV punya resepi. Adunan aku bahagikan kepada 3 warna (merah/kuning/biru), masukkan selang seli dalam cup. Krim atas tu aku guna buttercream. Jadi la kan. Hehehe.

Menu petang Jumaat tu adalah soto, rojak  buah, karipap cik As, sagu gula melaka, kuih puteri ayu, pulut serunding, kek coklat moist kak ros, juga cc aku. Gambar makanan lain tak sempat nak snap. Rugi kan..

Cupcakes yg aku buat...







Saturday 14 July 2012

Order Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Tempahan kek arini....
Tengs yer En. Din. Harap puas hati.



blueberry cheese cake


strawberry cheese cake






Thursday 12 July 2012

Resepi Red Velvet Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)




RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Maz @ Ilham Dapur
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home
C&P : Linda
Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

    Brownies
    Cara-Cara:-



    1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
    2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
    3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
    4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
    5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
    6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
    7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
    8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


    Lapisan Cheese

    Cara-Cara:-



    1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
    2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
    3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
    4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...



    p/s: TAK SABAR NAK BUAT......

RV cupcakes




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Malam tadi buat RVC tapi version cupcakes. Nasib baik menjadi kali ni. Hehehe. Cadangnya nak buat RV hujung minggu ni tapi last minute terbuat malam tadi. 
Sebabnya :
Hubby balik je dari kerja ajak g umah mak sedaranya. Segan lak g sana tanpa bawa apa2 so buat le RV ni dalam masa 1 jam setengah... hahaha. Bila dah siap tu call la pak sedaranya tapi tak berjawab.. 
Last2 hubby kata kita g esok le...

( ^_^ ) Ok malam ni kita g....


Resepi Kek Baldu Merah @ Red Velvet
Sumber Respi : Nina Suria@Mon dan Kzai@Teratakimpian

Bahan-Bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam (aku guna minyak alif je 1 cawan)
*3 cawan tepung naik sendiri (guna tepung gandum)
*3 sudu makan koko Vochelle (serbuk koko biasa je)
2 cawan gula kastor (letak 1 cawan setengah je)
4 sudu makan pewarna Red Bright (2 sudu makan)
1 cawan buttermilk (susu segar + 1 sudu makan cuka) - biarkan selama 10 min
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia (guna 250 je - itu je stok yg ada)
1 cawan krim putar (tak letak)
gula icing (letak 3 sudu makan)

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


the making of RV cuppies
ala gambar ni terbalik le pulak

tara
tak comey sgt
janji sedap
kan?







Tuesday 10 July 2012

Resepi Puding Pelangi




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Kurang 10 hari lagi kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Bulan yg berkat. Bulan rahmat. Bulan lailatulqadar. Sekejap je masa berlalu kan. Sedar tak sedar dah nak puasa. Bagi yg perempuan dah abis ganti puasa ke? Hutang kita dengan Allah tu. Aku insyaAllah ada lagi sehari lagi nak ganti pastu dah leh raya. Hehe. InsyaAllah abis je ganti puasa akanku puasa sunat pulak. 

Petang2 macam ni bila free sikit kat opis mulalah sibuk mencari resepi best untuk dicuba. Nak cari resepi apa pulak ye?? Hmmm. 

Dapatku bayangkan bila start puasa nanti sure tetiap petang mencari resepi nak bukak puasa. Betul tak? Hahaha. Aku le tu. Cari resepi untuk berbuka esoknya dan bila pertengahan bulan puasa pulak cari resepi untuk kuih/biskut raya. 

Makin banyak le koleksi resepiku nanti. 


PUDING PELANGI
Resepi asal: alma@myresepi.com (mintak izin c&p ye)

Bahan :
  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air 
  • 180gm gula pasir(kurangkan sukatan gula kalo nak kurang manis)
  • 60gm mentega 
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair 
  • 1 sudu makan tepung custard 
  • 1 sudu makan serbuk koko 
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara :
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/apa2 bekas puding sedikit (contoh bekas square 7x7in) Biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dengan apa2 untuk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
p/s: nanti bila i buat i masukkan gambar ye....





Goodies Bag Penang


Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)
Goodies bag dari Penang sumbangan IWK Zon Utara. Balik dari sana malam ahad selepas dinner. Pukul 11 malam bertolak dari USM dan sampai ke Putrajaya pukul 4 pagi. 

Ngantukkkk.




Dalam goodies bag tu ada jeruk madu pak ali, jus buah pala dan balm@salap buah pala.
Antara 3 barang tu balm buah pala je yg aku minat. Hehehe. Bau balm tu best. 

Oh ye, hubbyku & the geng menang pingpong, tempat kedua. 
Keseluruhan zon tengah kurang bernasib baik. Takpe. Cuba lagi tahun tahun depan ye. 

^_^

Thursday 5 July 2012

Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

InsyaAllah malam ni kami 1 family akan bertolak balik ke Tg. Piandang, Perak. Kampung halamanku dan kampung tok Encik Faiz.
Berkonvoi dengan Ruzlan kawan Encik Faiz.


Rasa macam dah lama tak balik kampung. Alang2 hubbyku ada tournament kat USM, Penang hujung minggu ni, aku dan Icha ikut sekali le. (suka sangat). 
Encik Faiz tournament apa? Ingat lagi tak entry yg lepas? Tentang karnival sukan IWK zon tengah tu. 
Encik Faiz terpilih as player pingpong bersama2 dengan Ruzlan. Mereka akan mewakili IWK Zon Tengah bagi Sukan IWK Peringkat Kebangsaan. Player pingpong lain pun ada jugak tapi tak tahu nama apa. Hahaha.


Memandangkan Encik Faiz akan ke USM dan tinggal di sana, aku dan Icha akan ke rumah bonda kesayanganku. Rindu sangat kat mak, abah dan abang. Mak tentu tak sabar nak peluk cium Icha kan? 
^_^


Kami juga akan singgah sebentar di rumah tok Encik Faiz. Dekat je jaraknya dengan kampungku. Tak sampai 2 km pun. Akan bemalam di sana dan kemudian ke rumahku. (walaupun jarak rumah dekat kena gak bahagi2kan masa... iye dak?)


Malam tadi sempat buatkan muffin carrot untuk family di sana. Untuk kudapan dalam kereta jugak. ^_^


muffin carrot + mix fruits

lebih 10pcs muffin letak badam untuk Raisha sayang


Doakan semoga kami 1 family selamat pergi dan balik ye...




Resepi Kek Marble

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Kek ni ramai yg kata mudah dan senang dibuat. Jom cuba. Hehe.

KEK MARBLE
Sumber resepi : Mat Gebu (dapur tanpa sepadan)
C&P : linda

Bahan :
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

Cara buat :
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Notes :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


p/s: nanti bila i buat i upload gambar ye...

Cheese Tart & Kek Karamel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Thanks kepada leen dan kak ritah sebab order dari saya... Sila lah order lagi ye ^_^



blueberry cheese tart

corak baru

packaging cheese tart

kek karamel saiz 7'

pandangan sisi

pandangan atas
** letak buah peach.
menghabiskan stok buah peach yg ada dalam peti ais.
biasanya saiz 7 atas kek kosong
EXTRA dari linda



Tuesday 3 July 2012

Floria Putrajaya 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. (^_^)

Malas nak sembang panjang. Layan gambar ye.

cantikkan replika lebah ni.. pandai sungguh diorang buat.

Icha takut tau dengan lebah tu.. besar sangat
hehe

posing ngan abah


cantik

tengok apa tu

hai



eh besarnya
 hahaha

zirafah hah dating ye

zebra di taman bunga
payah nak jumpa ni

fuyooo

sha tengok tu





nemo nemo

kura2 yg cute

sotong ni pun comey gak

ikan lagi

hai gaya sha




amboi icha

^_^

kanggaroo + buaya


ni booth australia

nama binatang ni  koala kan?

???


ala tak nampak muka le yg











comey tak saya




sebahagian daripada bot yg sempat tengok




nak balik dah ni.. lapar.. tak makan lagi.. hehehe


tengok belon besaq
kuning kan.. cantik