Monday 6 August 2012

Nuzul Al-Quran

Dah lama tak update blog kan. Hahaha. Maklum le sibuk. Dengan puasa lagi, buat kuih raya lagi, tempahan dr kawan2 lagi juga keje - keje umah yg sentiasa tak pernah selesai.

Arini dah 17 Ramadhan, sekejap je kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Tak lama lagi dah masuk Syawal, dah raya. Sedihkan bila kita dah di hujung - hujung Ramadhan ni.

Arini juga merupakan hari Nuzul Al-Quran. Peristiwa agung bagi seluruh umat Islam. Apa yg kita tahu tentang Nuzul Al-Quran?

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa di mana turunnya ayat Al-Quran yg pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan baginda Rasullullah bersamaan dengan 6 Ogos 610M. Ketika peristiwa ini berlaku, baginda sedang beribadat di Gua Hira. Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada baginda Rasullullah ada lima ayat pertama Surah Al-Alaq melalui perantaraan Malaikat Jibrail.

Perkataan Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran pula bermaksud bacaan.
Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Al-Quran juga terhimpun ayat-ayat yg menjelaskan pelbagai perkara yg meliputi semua aspek kehidupan iaitu tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalan masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.



Selamat memperingati Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.
Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment