Wednesday 25 July 2012

Biskut Nestum Ranggup

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)
RECIPE BY : naz@ovenkecil.blogspot.com
c&p: Linda@icha-raisha196.blogspot.com

**(aku buat 2 adunan)
Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak (2 cwn tepung gandum)
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak (2 tsp) 
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus (2 cwn nestum kisar)
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar (2 cwn nestum)


Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter (1 buku butter)
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya) (aku letak 3/4 cwn je.. ni pun dah manis dah)
  • 1 tsp esen vanilla (2 tsp)
  • 1 biji telur gred A @ B (2 biji telur)


Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil (ceri habis... ingatkan ada lg.. letak manik colour je)

Cara :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Gambar biskut kak naz... menyelerakan betul tak??
NOTA NAZ :
  • Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
  • Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja. 


Ni lah hasil tanganku...
taraaa
biskut nestum ku... ranggup sgt...


thanks ye kak naz sebab kongsikan resepi....

1 comment:

  1. hi kak! nak tanya sikit. adik saya allergic to eggs. so kalau nak tukar telur dengan bahan lain, ape yang boleh ye. saya jumpa blog kak bila cari london almond tanpa telur!! harap kak bolehh bantu. thanksss!! :)

    ReplyDelete